THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, October 20, 2010

examination

salam buat semua pelajar IPTA, IPTS, Kolej, Politeknik....
sedar tak sedar, sudah hampir satu sem kita belajar, yang dah lama belajar tentulah itu satu perkara biasa, tapi bagi pelajar yang baru-baru hendak menjinakkan diri dengan suasa peperiksaan di kampus...selamat menghadapinya...
kepada semua pelajar, memandangkan exam hampir tiba, jadi belajarlah bersungguh-sungguh sehingga kita berjaya mencapai ape yang kita hajatkan....janganlah kita mensia-siakan masa yang ada ini dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah...pergilah belajar, agak-agak tak faham rajin-rajinkanlah diri untuk pergi bertanya sama ada kepada lecture atau pon rakan sejawat anda.
ingin dinasihatkan disini, dalam kita menuntut ilmu, janganlah kita lupa pada yang satu....kerana semuanya datang daripadaNya.  Bila nak exam, jangan lupa untuk menunaikan solat, belajar-belajar juga, solat jangan lupa, sebab kalau kita belajar sehingga satu hari suntuk tapi tak solat tiada gunanya.   kalau dah berjaya menunaikan yang wajib, kita boleh susuli dengan ibadah sunat, macam solat hajat, solat taubat...dan jangan lupa untuk membaca kitab suci kita setiap hari kerana ia mampu untuk menenangkan jiwa kita.  antara lain bolehlah kita berpuasa sunat.  dan perkara paling penting jangan lupa untuk berdoa.  mintalah ape sahaja yang kita inginkan.
antara perkara lain, kita perlulah meminta maaf kepada lecture kita yang selama ini mungkin kita ada terkata mengenainya yang mungkin kita tidak sedari. dan juga kita jangan lupa untuk meminta restu daripada ibu bapa kerana restu daripada mereka itulah yang paling penting buat kita.
setelah semua ini selesai untuk kita lakukan, barulah boleh untuk kita menduduki peperiksaan dengan sempurna.  SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN, STUDY SMART NOT STUDY HARD..

0 comments: