THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, December 30, 2010

menang!!!!!!

29 disember 2010 adalah menjadi satu tarikh yang sungguh bermakna buat rakyat Malaysia kerana pasukan bola sepak negara telah berjaya merampas piala suzuki setelah hampir 14 tahun kita mengidam-idamkannya....
Malaysia telah berjaya menewaskan pasukan Indonesia dengan agreget 4-2...di satdium bong karno Jakarta Indonesia....
kejayaan ini diraikan oleh semua rakyat Malaysia..dan berita baik buat rakyat Malaysia ialah pengumuman oleh Perdana Menteri Malaysia bahawa cuti umum pada hari Jumaat, 31 hb sempena meraikan kejayaan Malaysia....alhamdulillah...
kejayaan ini akan dimuatkan dalam sejarah bola sepak Malaysia...
MALAYSIA BOLEH !!!!!!!
HARIMAU MALAYA BOLEH!!!!!

Saturday, December 11, 2010

lagi sorang

Alhamdulillah....tambah lagi sorang
tanggal 12, 2010...lahir lagi sorang..so kini ak ade 4 orng anak buah...yeeehhhhhhh
comel budak nyer...tgk la pakcik nyer cmne plak....
nama yang diberi...NURIN IMANINA
so nice name.....

Friday, November 26, 2010

raya...raya..dan raya

tahun ini 17 November 2010...10 Zulkaedah 1431 hijrah...hari raya Haji @ Raya Qurban...suasana yang agak berbaza jika dibandingkan dengan Hari Raya Puasa, tapi yang sama ada juga..makanannya.....perkara yang penting yang mesti dilakukan ketika hari raya haji adalah proses penyembelihan binatang ternakan atau dikenali binatang Al-an'am.....sungguh seronok suasananya apabila binatang tu nak disembelih...selesai sembelih, orng ramai melapah daging tadi tu untuk dibhagikan kepada beberapa bahagian....dikira, ditimbang, dan dibahagikan sma rata.....kepada yang hadir dalam membantu, akan dapatlah daging tu tadi...tu yang best tu....

time raya haji, adalah satu waktu unutk umat islam menaikan haji...yang belum menunaikan haji lagi, tanamkanlah niat di dalam hati untuk menunaikan haji...kepada jemaah haji, semoga mendapat haji yang mabrur serta selamat pulang ke tanah air....insyaallah
akhir kata...SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM

Sunday, November 7, 2010

JTC= Jaulah To Cameron ...so cold

5-6 November 2010 tarikh dimana aku dan kawan-kawan ku pergi ke Cameron Highland. kami bertolak dari kampus lebih kurang pukul 5.OO p.m..solat2, discuss something then bertolak pergi, yang join pergi seramai 16 orang, so 4 kereta.2 student UiTM dan selebihnya student UTP...first place yg kami singgah ialah restoren makan, nak isi perut sebelum naik keatas.
selepas selesai makn pegi solat then after isyak kami teruskan perjalanan terus ke Cameron Highland.  sepanjang perjalanan kami isikan masa dengan perkara-perkara yang berfaedah tapi bukan tidur ya.  kami teruskan perjalanan dengan melalui jalan yang berliku-liku, so scare sebab waktu malam kan, everything can happen, tapi syukur semuanya selamat.  melihat permandangan pada waktu malam di Cameron, lampu-lampu yang menyinari pokok-pokok tanaman di bahagian bawah.   memang cantik.
kemudian kami naik lagi ke tanak rata. terkejut gak, ramai orang tinggal kat tempat sejuk macam nie.  jalan punyer jalan akhirnya kami sampai di tempat yang dituju, masjid..kami tido disitu sebenarnya, yela nak sewa hotel tak mampu, so tido kat masjid je la...sampai di sana, sume nak gi tandas, yela sejukkan faham-faham jelah..the kami berkumpul balik didalam ruang makan masjid untuk mendengar sahabat kami bercerita mengenai "Air yang Terapung"..sebab tajuk itu dipilih, amat bersesuaianlah dengan expedisi kami ke Cameron..dalam sedap mendengar cerita, kami terhidu bau petai..pelik gak sebenarnye tapi tak pe lah..habis rakan kami bercerita lebih kurang pulul 12:30 a.m..then kami pergi tido, sebelum tu kami buat jadual bertugas, yela sebab kami ada byk barang berharga so agak bahaya..kami buat jadual dua org untuk setengah jam.  ak dapat pukul 2 pagi, redah jelah..kami pon tido....
agak tension gak la sebenarnyer, dengan sejuknya, nyamuknya, tak mampu tido lama, dapat tido sejam setengah jer...ok la tu kan..yang penting dpat tido..yang membe lain tido macam lena jer tido, bengang gak...biarlah...then pukul 4:15 kami bangun, basuh muka, gosok gigi dan tak mandi, sejuk kot..dah macam ais sejuk airnya...ambil wuduk, then sembahyang la sembahyang yang patot...aku baru perasan yang masjid tu tak ada kipas...
pukul 5:15 pagi, kami bersiap untuk bertola naik ke gunung Berinchang...perjalanan yang menyeronokkan, di tambah dengan kesejukan dan ketakutan...jalan nak naik tu memang mencabar dengan gelapnya, jalan pulak sempit..tapi interesting la...nak sampai ke atas lebih kurang 40 minit...mandaki punyer mendaki, akhirnya kami sampai di atas puncak...samapi dalam pukul 6 pagi...samapi di sana, kami terus sembahyang subuh di atas tar jer sbb tak de surau kat situ...selesai solat ada sedikit pengisian...
kat atas bukit tu ada satu menara jai kami ramai-ramai nak ke atas menara tu...nak mudah kan cerita, sebenarnya niat kami nak lihat matahari terbit...dah sampai kat atas menara, tunggu punyer tunggu, matahari tidak kelihatan sebab diselubungi kabus tebal sebab baru lepas hujan, so tak nampak la...

setelah lama menunggu, kami  pon turun balik kebawah dan naik kereta untuk bertolak balik....dalam perjalanan balik, kami pon ada adala snap gambar kat site yang cantik-cantik..

selesai semua, then kami terus pergi ke kilang BOH...jalan -jalan jer, bukan beli apa-apa pon kat situ sebab barang die agak mahal la...setelah puas berjalan, kami pon balik....dalam perjalanan balik....jemmmmm...tension betol....apa boleh buat kan..terima jelah...panjang betol jem die...
samai kat bawah, kami terus pergi mancari makan..singgah dimedan selara untuk makan tengah hari..amik punyer amik makanan, kena 6 ringgit...bayar jela...
selesai makan, aku beli barang sikit, jeket sehelai, baru T, dan seluar....then berkumpul balik dkt satu gerai..dan kami teruskan perjalanan...dalam perjalanan balik jem lagi...aduhhhh.....jalan punyer jalan, sampai dekat deretan kedai kat bawah, kami singgah...orng lain beli strawberi tapi aku beli kaktus...satu dua ringgit so aku beli dua...kecik jer...ok la tu..then kami bergerak balik dan terus ke surau untuk solat zohor
+ asar....selepas selesai kami pon balik...dah tak singgah-singgah dah...terus ke perak....UiTM..
dalam perjalanan hujan....sampai kampus lebih kurang pukul 4 petang hari sabtu...naik bilik, kemas barang then tido la......












Wednesday, October 20, 2010

examination

salam buat semua pelajar IPTA, IPTS, Kolej, Politeknik....
sedar tak sedar, sudah hampir satu sem kita belajar, yang dah lama belajar tentulah itu satu perkara biasa, tapi bagi pelajar yang baru-baru hendak menjinakkan diri dengan suasa peperiksaan di kampus...selamat menghadapinya...
kepada semua pelajar, memandangkan exam hampir tiba, jadi belajarlah bersungguh-sungguh sehingga kita berjaya mencapai ape yang kita hajatkan....janganlah kita mensia-siakan masa yang ada ini dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah...pergilah belajar, agak-agak tak faham rajin-rajinkanlah diri untuk pergi bertanya sama ada kepada lecture atau pon rakan sejawat anda.
ingin dinasihatkan disini, dalam kita menuntut ilmu, janganlah kita lupa pada yang satu....kerana semuanya datang daripadaNya.  Bila nak exam, jangan lupa untuk menunaikan solat, belajar-belajar juga, solat jangan lupa, sebab kalau kita belajar sehingga satu hari suntuk tapi tak solat tiada gunanya.   kalau dah berjaya menunaikan yang wajib, kita boleh susuli dengan ibadah sunat, macam solat hajat, solat taubat...dan jangan lupa untuk membaca kitab suci kita setiap hari kerana ia mampu untuk menenangkan jiwa kita.  antara lain bolehlah kita berpuasa sunat.  dan perkara paling penting jangan lupa untuk berdoa.  mintalah ape sahaja yang kita inginkan.
antara perkara lain, kita perlulah meminta maaf kepada lecture kita yang selama ini mungkin kita ada terkata mengenainya yang mungkin kita tidak sedari. dan juga kita jangan lupa untuk meminta restu daripada ibu bapa kerana restu daripada mereka itulah yang paling penting buat kita.
setelah semua ini selesai untuk kita lakukan, barulah boleh untuk kita menduduki peperiksaan dengan sempurna.  SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN, STUDY SMART NOT STUDY HARD..

Thursday, October 14, 2010

kuda menari...

Kuda kepang

Persembahan kuda kepang.
Tarian kuda kepang di Yogyakarta
Permainan kuda kepang ialah sejenis tarian pahlawan berkuda yang berasal dari Jawa, Indonesia. Ia turut dibawa oleh penghijrah-penghijrah ke Tanah Melayu. Permainan ini kini merupakan salah satu permainan rakyat di Indonesia dan Malaysia, khususnya di negeri Johor, dan biasa dimainkan di majlis perkahwinan atau di majlis keramaian.

Cara permainan

Kuda kepang biasanya dipersembahkan di tempat terbuka atau di atas pentas yang besar. Sebelum tarian bermula, Tok Bomoh akan membakar kemenyan dan membaca jampi untuk memberikan tenaga kepada kuda-kuda. Beliau menggunakan telur mentah, bunga, rumput, dan air untuk persembahan.
Dikawali oleh seorang "danyang" yang melecutkan pecut untuk menentukan rentak tarian, setiap penari akan naik ke atas kuda masing-masing. Apabila muzik mula bergema, penari-penari yang dipimpin oleh "danyang" itu masuk ke gelanggang. Rentak muzik bermula dengan perlahan dan agak membosankan. Setiap penari akan menunggang dan memacu kuda menurut pola yang ditentukan oleh rentak dan irama lagu itu.
Ketika muzik menjadi lebih pantas, kuda-kuda akan menderap dengan lebih laju. Kekadang pihak penganjur akan merentang kain licik untuk pemain menitinya. Penari-penari boleh melakukan pergerakan yang aneh dan luar biasa seperti bersilat melompat-lompat setinggi enam kaki dan sebagainya. Semasa penari dalam keadaan sedemikian, bunyi-bunyian yang mengiringi tarian ini akan bertambah rancak. Kononnya jika alunan muzik tidak rancak, penari-penari akan akan menerkam atau menendang pemain muzik seakan-akan kuda yang sedang berang.
Penari-penari menari selama dua jam sehingga mengalami keadaan bersawai, terpukau dengan kehebatan pergerakan-pergerakan mereka. Ketika mabuk, mereka kekadang akan bermimpi menunggang kuda yang benar sambil menari-nari dengan iringan muzik. Disebabkan itu, mereka mencuba mengejar muzik itu. Keadaan ini dipanggil "naik syeh". Jika keadaan bertambah liar dan tidak dapat dikawali, Tok Bomoh akan mengarahkan pengawal-pengawal yang ditempatkan di setiap sudut gelanggang untuk menangkap dan merebahkan mereka ke tanah, dan seterusnya Tok Bomoh akan membaca jampi untuk memulihkan mereka.

 Pantang

Kumpulan pemain kuda kepang diperlukan menyerahkan pengeras kepada Tok Bomoh untuk persembahan. Pengeras ini terdiri daripada kemenyan, air mentah, nasi campur dengan lauk ayam dan sayur, serta beberapa jenis kuih. Selain itu, kumpulan pemain juga dikehendaki menyerahkan wang sebanyak RM2.25 kepada tuan rumah atau penganjur untuk Tok Bomoh persembahan. Kumpulan pemain mengenakan bayaran yang tidak kurang dari RM200 untuk setiap persembahan.
Sebagai pantang larangan dalam permainan kuda kepang, pemain-pemain tidak boleh diacah semasa dalam permainan atau ketika sedang mabuk kerana ditakuti akan melarat dan menjadikan keadaan tidak terkawal. Pemain-pemain juga tidak boleh melihat kain merah kerana ini merupakan pantang larangan semulajadi. Selain itu, pemain-pemain juga tidak boleh terlihat kaca kerana takut bahawa mereka akan makan kaca itu.

Permainan kuda kepang memerlukan sekurang-kurang 25 orang seperti berikut:
  • 9 orang penari
  • 5 orang pemain muzik
  • 2 orang yang bertindak sebagai "Bomoh Pemulih"
  • 9 - 15 orang penjaga kawasan.
Bagaimanapun dalam sesuatu persatuan, jumlah ahlinya adalah sebanyak 40 orang. Seorang daripada penari-penari itu bertindak sebagai pemimpin yang dipanggil "Danyang". Pemain-pemain biasanya berpakaian seragam.

Tuesday, October 5, 2010

cerita csc sem3

saya amat berbangga kerana dalam belajar csc nie walaupon pada mulanya agak pelik la dengan subjek nie...yela....amik kos office management tibe-tibe blaja csc pulak....pening gak aku nak menerimanaya....lecture csc pon ade dua orng...haaa...tu lagi pelik....tapi tak pe sebab dua-dua lecture memang sempoi...hahaha...sorang lecture ajar teori lagi sorang pulak ajar makmal.....first time masuk makmal, lecture makmal pening ckit...sebab ape..?????,,hehe.....die ingat die ajar teori tapi rupa-rupanya die ajar makmal...hahaha....pastu satu gal pulak, dah penat-penat buat assignment, tibe-tibe die kate tak jadi pulak...baru die perasan yang die ajar makmal...tensionnnnnn....tak tido malam buat assingment...wuuuuuu....
kite cite time klas pulak...klas nie memeng bez...sbb ape???haa e2 yang kite perlu tahu....